Saksikan Di TV3 Drama Melastik Ke Hatimu (2021)

Saksikan Di TV3 Drama Melastik Ke Hatimu (2021). Cerita terbaru yang akan menceriakan penonton=penonton di Slot Lestary  TV3  akan ditayangkan 21 Januari 2021, Rabu-Sabtu, 9:00 malam selama 13 episod.  Anda yang meminati genre romantik komedi  tidak seharusnya melepaskan menonton cerita ini sehingga tamat ditayangkan..

Drama Melastik Ke Hatimu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021, boleh ditonton secara online melalui xtra dan iq. Pelakon  yanng membintangi siri ini adalah Janna Nick, Andi Bernadee, Hafidz Roshdi, Norman Hakim, Wani Keyrie, Puteri Sarah Liyana, Azrel Ismail, Ahmad Ezzrin Loy, Idzham Ismail, Afifah Nasir, Noniswara, Azizah Mahzan, Ridzuan Hashim, Dato Jalaluddin Hassan, Cassia Iman..

Drama Melastik Ke Hatimu

 

Saksikan Di TV3 Drama Melastik Ke Hatimu (2021)

Berikut dikongsikan maklumat waktu ditayangkan, tarikh, hari, episod, pelakon, lagu tema dan sinopsis drama ini..

Drama : Melastik Ke Hatimu (2021)
Episod : 13 Episod
Tarikh Tayangan : 21 Januari 2021
Waktu Siaran : Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Saluran : TV3
Pengarah : Azmi Hata
Produksi : OrangeTree Production Sdn Bhd
Pelakon : Janna Nick, Andi Bernadee, Hafidz Roshdi, Norman Hakim, Wani Keyrie, Puteri Sarah Liyana, Azrel Ismail, Ahmad Ezzrin Loy, Idzham Ismail, Afifah Nasir, Noniswara, Azizah Mahzan, Ridzuan Hashim, Dato Jalaluddin Hassan, Cassia Iman

Drama Melastik Ke Hatimu

Watak Pelakon

Andi Bernadee sebagai Ziyyad
Janna Nick sebagai Haura
Norman Hakim sebagai Jeffry
Wani Kayrie sebagai Fatin
Puteri Sarah Liyana sebagai Faida
Idzham Ismail sebagai Luqman

 

LAGU TEMA (OST)

Tajuk > Pencinta Setiamu
Penyanyi > Usop
Komposer > Argo, Sharul Kamal & Daus SRK
Penulis Lirik > Aepul Roza

Drama Melastik Ke Hatimu

Sinopsis Drama Melastik Ke Hatimu

Berikut dikongsikan secara ringkas sinopsis drama..

Mengisahkan Haura, seorang pekerja kilang yang memiliki perangai gila-gila dan suka mengunyah chewing gum. Di kilang itu, Haura selalu bergaduh dengan Natasya yang asyik tidak berpuas hati dengannya. Mereka ibarat ‘gangster-gangster’ kilang itu.

Haura bercinta dengan Naim namun begitu mereka mendapat halangan daripada Mak Limah kerana Mak Limah hanya mahu bermenantukan orang kaya. Haura kerap kali dating dengan Naim selepas waktu kerja dan Faida, kakak sulung Haura akan menjadi mangsa untuk coverline Haura depan Mak Limah dengan mengatakan Haura buat over time dan akan pulang lewat.

Ziyyad, pengurus kilang di tempat Haura bekerja, sudah lama menaruh hati kepada Haura.

Haura terpaksa akur apabila dijodohkan dengan Ziyyad, pengurus kilang di tempat Haura bekerja. Ziyyad digelar ‘kayu cengal’ oleh pekerja kilang kerana sikapnya yang tak endahkan orang rupanya menyimpan perasaan pada Haura dalam diam.

Mereka terikat dalam perkahwinan. Ziyyad cuba memikat hati Haura dan Haura pula mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya untuk Naim. Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan strok dan kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura untuk suami.

Sedang mereka melakar bahagia, musibah melanda Ziyyad. Keluarga Ziyyad diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang selama ini tersimpan kemas. Keadaan itu menyebabkan emak Haura memaksa Ziyyad melepaskan Haura.

 

Teaser Drama Melastik Ke Hatimu

Berikut dikongsikan teaser drama tersebut, saksikan..

Apa kata anda, menarik bukan ? Jadi, jangan lupa menyaksikan drama ini bermula 21 Januari 2021, Rabu-Sabtu, 9:00 malam selama 13 episod..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *